Date and time

Sabtu, 18 Oktober 2014

7 Jenis KeSombongan Yang Dilaknat ALLAH

Sebagai orang muslim kita harus selalu mendekatkan diri kepada Allah SWT bersyukur apa yang telah Allah berikan . Kita harus senantiasa baik kepada setiap orang,  rendah hati kepada sesama , saling menolong dan tidak boleh sombong apa yang telah kita miliki. So, berikut adalah 7 Jenis KeSombongan Yang Dilaknat ALLAH :
1. Sombong kerana kelebihan seseorang
dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka,semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
FIRMAN ALLAH SWT :
Dan janganlah engkau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong, kerana
sesungguhnya engkau tidak akan dapat
menembusi bumi dan engkau tidak akan
dapat menyamai setinggi gunung-
ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 )
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)
2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak
mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka sebenarnya
terpedaya dengan tipu daya syaitan.
Rasulullah SAW telah mengingatkan
melalui sabda Baginda yang
bermaksud: "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, berarti sudah tersesat daripada mensyukurinya,dan gugurlah segala amal perbuatannya.."
FIRMAN ALLAH SWT :
Dan janganlah engkau memalingkan
mukamu (kerana memandang rendah)
kepada manusia, dan janganlah engkau
berjalan di bumi dengan berlagak
sombong; sesungguhnya Allah tidak
suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan
diri.( Surah Luqman. Ayat 018 )
3. Sombong kerana ego
memperkasakan keturunan, bangga kita
berketurunan mulia lagi bangsawan,
suka menyebut nama datuk nenek
moyang kita yang dulunya dikatakan
keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah
seperti kaum Bani Israel yang dilaknat
Tuhan, seperti termaktub dalam al-
Quran. Mereka bangga dengan
keturunan mereka yang banyak menjadi
nabi ikutan, konon keturunan mulia
dikasihi tuhan.
FIRMAN ALLAH SWT:
Yang mendengar ayat-ayat penerangan
Allah sentiasa dibacakan kepadanya,
kemudian dia terus berlagak sombong
(enggan menerimanya), seolah-olah dia
tidak mendengarnya; oleh itu
gembirakanlah dia dengan azab seksa
yang tidak terperi sakitnya. (Surah
AlJatsiyah. Ayat 008 )
4. Sombong kerana berasa diri cantik
dan sempurna malah memandang
orang lain dengan hina, seperti
merendah-rendah ciptaan Allah hingga
sanggup menyindir atau memberi
gelaran tidak baik seperti pendek,
berkulit hitam atau gemuk.
5. Sombong yang berpunca daripada
kelebihan harta diberi Allah membuat
kita lupa daratan, berbangga dengan
kekayaan yang ada, rumah besar,
kereta BMW mewah hingga memandang
rendah orang yang kurang berada.
FIRMAN ALLAH SWT :
Kehidupan dunia (dan kemewahannya)
diperhiaskan (dan dijadikan amat
indah) pada (pandangan) orang-orang
kafir, sehingga mereka (berlagak
sombong dan) memandang rendah
kepada orang-orang yang beriman.
Padahal orang-orang yang bertakwa
(dengan imannya) lebih tinggi
(martabatnya) daripada mereka (yang
kafir itu) pada hari kiamat kelak dan
(ingatlah), Allah memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya dengan
tidak terkira (menurut undang-undang
peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat
212 )
6. Sombong kerana kekuatan dan
kegagahan diri. Semua orang akan
dibuli kerana kuatnya badan kita tidak
terperi, hingga boleh memakan kaca,
kunyah besi, boleh menarik bas dan lori
hanya dengan gigi, boleh dihempap
badan dengan batu dan besi, atau
sebagainya.
FIRMAN ALLAH SWT :
Dan janganlah kamu menjadi seperti
orang-orang yang keluar dari negerinya
dengan berlagak sombong dan
menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka)
kepada orang ramai (kerana hendak
meminta dipuji), serta mereka pula
menghalang manusia dari jalan Allah
dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi
pengetahuanNya akan apa yang mereka
kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 )
7. Sombong dan berbangga kerana
ramainya pengikut setia di belakang
diri, sepertinya orang alim berbangga
dengan ramainya murid yang memuji.
Guru silat pula berbangga dengan
ramainya murid yang tidak lut ditetak
parang dan dijilat api.
Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri
kita betul-betul, lihat sama ada 7
perkara yang membawa kepada
penyakit sombong ini ada pada kita
atau tidak. Penawarnya ada di tangan
sendiri kerana penyakit sombong ini
hanya akan memakan diri. Tidak
sekarang, mungkin di masa akan
datang. Ubatilah sifat sombong itu dan
jangan sesekali menghina orang lain
kerana ianya sifat yang dilaknat oleh
Allah. Fikirkanlah..
FIRMAN ALLAH SWT :
Sesungguhnya Qarun adalah dia dari
kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku
sombong dan zalim terhadap mereka
dan Kami telah mengurniakannya dari
berbagai jenis kekayaan yang anak-
anak kuncinya menjadi beban yang
sungguh berat untuk dipikul oleh
sebilangan orang yang kuat sasa.
(Dia berlaku sombong) ketika kaumnya
berkata kepadanya: Janganlah engkau
bermegah-megah (dengan
kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang-orang yang
bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
Nabi Muhammad SAW bersabda yang
bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala
dan takbur, akan dikumpulkan pada hari
kiamat, dalam bentuk semut yang kecil,
yang dipijak mereka oleh manusia,
kerana hinanya mereka pada
Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar
dari Abu Hurairah)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar